Wednesday, June 25, 2008

Gemerlapan Jun - 3

Masih belum puas mencuba konsep anyaman, rekaan kali ini diberi oleh seorang rakan. Amat simple dan menarik.

Masih lagi menggunakan swarovski 4mm, beberapa warna telah dipelbagaikan untuk koleksi kali ini. Antara yang mendapat permintaan ramai adalah kombinasi warna di bawah. Sweet and cute kan warnanya...

Ini masih menggunakan rekaan di atas dengan kombinasi warna yang begitu 'calm' sekali - dengan tema 'hijau'. Sudah kah anda memilikinya.... ?
Ini adalah salah satu kombinasi warna yang juga menjadi kegemaran ramai. Hitam dan Putih. Mudah dipadankan dengan sebarang warna baju. Cuba lah...

Kombinasi kristal di bawah ni, sebenarnya amat lembut dan cute sekali (se cantik dan cute orang yang menempahnya :-)

Cuma gambar dibawah ini membuatkannya nampak agak tidak menarik... diambil menggunakan camera handphone sahaja diatas dashboard kereta yang sedang bergerak :-) si penempah inginkan segera, jadi bila siap terus hantar..... minta-minta dia berpuas-hati la yer


Ini adalah set untuk si comel - untuk kanak2. Menggunakan kristal swarovski 4mm yang diikat dengan suasa. Set ini mengandungi rantai (necklace) 40cm, rantai tangan (bracelet), rantai kaki (angklet) dan anting-anting (earing). Pasti si comel teruja bila dapat set ini ;-)

Bangle ini pernah disiarkan dalam entri sebelum ini. Cuma warna yg dipaparkan berlainan dari yang sebelumnya. Selain warna putih double AB, warna dibawah ini juga mendapat perhatian ramai. Warna seakan2 gold pada Bangle 5baris ini, sesuai untuk dipadankan dengan mana-mana warna baju dan di sebarang majlis. Pastikan anda memilikinya satu tau..!

Tuesday, June 17, 2008

Gemerlapan Jun 2

Sejak kebelakangan ini, terasa macam teruja je nak buat rantai tangan yang menggunakan konsep anyaman.

Gelang kali ini, menggunakan swarovski double AB...berkilauan dan bergemerlapan sekali. Malang sekali, masa tak banyak dapat diluangkan untuk mencuba variasi warna-warna swarovski. Hanya tiga utas gelang yang sempat di anyam. Apa lagi....jommm...jamu mata



Wednesday, June 4, 2008

Germerlapan Jun - 1

Bulan jun ini, ada beberapa rekaan yang baru. Tak laa terbaru sangat..tapi terbaru dalam blog ini


Bangle ini menggunakan swarovski double AB yang diikat sepenuhnya dengan suasa. Jadi tak perlu risau, tahan lasak dan warna suasanya tak luntur.


kali ini ingin mencuba pula membuat jam tangan. Tali nya boleh menggunakan kristal swarovski atau menggunakan mutiara air tawar. Untuk tali jam, rekaan atau design boleh dipilih dari rekaan gelang tangan yang sebelumnya.
Mungkin jika berkesempatan akan cuba rekaan-rekaan yang lain untuk tali jam. Jadi selalu-selalulah menjengok blog ni yer...



Gelang ini pula menggunakan rekaan gelang bunga tanjung. Cuma gelang ini...bunga tanjung dibuat secara 2 tingkat. Amat cantik dan menarik...


Ini bukan rekaan baru. Cuma beberapa variasi warna gelang fruity saiz kecil....

Ini juga variasi warna gelang lipan.....jamu mata laa yer...


Ini juga antara kepelbagaian rantai mutiara yg telah ditempah. Sayangnya camera tak dapat merakam warna sebenar loket...jadi nampak macam sama saja. Antara loket yang ada tu adalah warna purple, orange, merah, hijau lumut dan light topaz.