Monday, April 28, 2008

Bangle and Bracelet for April

Apa beza Bangle (Gelang) dengan Bracelet (rantai tangan) ? Kedua-dua bahan perhiasan ini di pakai di tangan. Bangle tak boleh dilentur dan berbentuk bulat, manakala rantai tangan lebih mirip kepada 'rantai' yang di pakai di tangan.

Ada beberapa rekaan bangle yang baru. Kesemua rekaan di sini, adalah 'hand-made' buatan tangan (bukan dari kilang atau mesin). Kalau di lihat pada bangle dahlia di bawah ini, pembuatannya memerlukan ketelitian dan kesabaran yang lebih. Maka baru terhasil rekaan yang cantik

Jadi tidak hairanlah, Bangle Dahlia ini agak mahal sikit dari yang lain-lain. Diperbuat dengan menggunakan krisal bentuk diamond bersaiz 4mm dan diikat dengan suasa. Boleh didapati dengan pelbagai warna.

Bangle Mini Ros, agak simple tetapi masih menggunakan kristal bentuk diamond bersaiz 4mm yang diikat dengan suasa.
Lagi rekaan Bangle Mini Ros.

Bangle Mini Ros lagi.

Ini Bangle 4segi yang dibuat menggunakan kristal bentuk diamond bersaiz 6mm yang diikat dengan suasa. Boleh didapati juga dengan pelbagai warna. Boleh menggunakan satu warna atau campuran warna yang diminati.

Ini adalah Bangle kristal sebaris yang menggunakan kristal berbentuk bulat bersaiz 8mm yang diikat dengan suasa.

Ini pula adalah rantai tangan. Menggunakan kristal bentuk diamond bersaiz 4mm yang diikat dengan suasa

Ini adalah rantai tangan juga. Gelang fruity ini yang menggunakan kristal bentuk diamond bersaiz 6mm.

Ini adalah variasi gelang fruity. Warna coklat dan maroon menggunakan kristal bentuk diamond bersaiz 8mm manakala fruity biru menggunakan kristal bentuk diamond bersaiz 6mm. Boleh dibuat dengan mengunakan warna-warna pilihan.


Ini adalah Gelang Lipan. Jenis rantai tangan juga. Menggunakan kristal bentuk love bersaiz 8mm. Boleh dibuat menggunakan satu warna atau sebarang warna pilihan.

Wednesday, April 23, 2008

Sentuhan April

Tasbih, digunakan untuk berzikir. Menurut orang, jika tasbih dibuat dari batuan hidup, batu itu akan berzikir bersama kita.

Ada beberapa koleksi tasbih yang telah di hasilkankan. Antaranya dari batu 'Tiger Eyes'. Tiger eyes - ada dari jenis 'batu' dan ada dari jenis manik biasa (man made - buatan manusia). Yang digunakan untuk membuat tasbih di sini adalah jenis 'batu'. Tiger Eyes yang digunakan hanya bersaiz 8mm sahaja.



Ini adalah tasbih dari jenis batu 'Cat Eyes'. Boleh di dapati dalam pelbagai warna seperti biru muda, hijau tua/muda, kuning, merah jambu, coklat. Contoh di bawah adalah warna coklat cair. Jika tasbih 99 biji, Cat Eyes 6mm yang digunakan. Saiz 8mm digunakan untuk tasbih 33 biji.

Ini adalah batu-batu biasa. Mempunyai pelbagai warna. Hanya saiz 8mm dan tasbih 33 biji saja.


Ini antara bangle terbaru yang menggunakan kristal swarovski double AB bersaiz 4mm. Kristal double AB mempunyai kilauan yang lebih. Dapat di lihat pada warna purple dan putih di dalam gambar di bawah ini.


Ini adalah full set mutiara air tawar bersaiz 8mm yang terdiri dari rantai (26inci) beserta loket mutiara, gelang (7.5inci), cincin sejambak mutiara dan subang mutiara. (Hanya boleh order sementara stok masih ada).