Sunday, August 17, 2008

Square BB

Masih ingat lagi tak dengan bangle 4 baris dan 5 baris. Dibawah ini adalah variasi dari bangle tersebut. Rekaan kali ini adalah separa bangle dan separa bracelet.

Rekaan ini saya namakan square bangle-bracelet atau disingkatkan dengan nama Square BB.

Square BB ini menggunakan kristal bersaiz 4mm yang diikat dengan suasa. Di tengah-tengah nya boleh menggunakan samada 4 baris atau 5 baris kristal. Warnanya pun boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan masing-masing.



Thursday, August 14, 2008

Zig-Zag Bangle

Kali ni, kita tengok bangle yang berbentuk zig-zag. Ia agak unik sikit laaa.... Asalnya dari Bangle Jun...cuma di pelbagaikan... maka jadilah Bangle Zig-Zag / Zig-Zag bangle. Apa lagi tempah laaa sekarang yer

Friday, August 1, 2008

Di bulan kemerdekaan ini...apa kata kita lihat rekaan yang agak simple dan mudah. Menggunakan kristal bersaiz 6mm.

Apa nama yang nak diberi ya??.... sudah ketandusan nama sebenarnya ni. Tapi bila diamat-amati...nampak seperti TERATAI.....

Ada 2 warna yang telah dicuba...fushia dan gold. Akan dicuba kombinasi warna lain jika berkesempatan nanti. Jadi, jangan laa lupa nak menjenguk-jenguk di sini ya.

Gelang teratai ini nampa begitu simple tetapi anggun. Apa lagi...miliki lah...


Gelang Teratai bewarna fushia


Gelang Teratai bewarna gold

Thursday, July 31, 2008

Gelang Julai

Hmmm...mmmm...begitu asyik dengan kristal bersaiz kecil, teringin pula mencuba dengan kristal bersaiz besar. Cuma dua adunan warna yang sempat di cuba. Cantik bukan jika memiliki gelang julai yang menggunakan kristal berbentuk diamond bersaiz 8mm. Lihat lah sendiri.... tidakkah anda ingin memilikinya?


Tuesday, July 22, 2008

Sweet Bangle - more color

Hmmmm.... apa kata kita tengok pelbagai variasi sweet bangle. Mengancam tak?....


Sweet Bangle Pink

Sweet Bangle - Rainbow

Monday, July 14, 2008

Julai - Sweet bangle

Seperti entri yang lepas, masih lagi bermain-main dengan kristal bersaiz 4mm dan anyaman dan rekaan kali ini diberi nama 'Sweet Bangle'. Seperti namanya, bangle ini amat cantik dan bergaya. Warna-warna yang dipilih kali ini adalah berdasarkan warna-warna yang biasanya dipilih ramai. Mungkin beberapa campuran warna akan ditunjukkan...jika punya masa terluang :-)


Sweet Bangle - Putih
Kesemuanya menggunakan kristal putih


Sweet Bangle - Hitam
Campuran kristal kelabu dan hitam


Sweet Bangle - Coklat
Menggunakan campuran kristal coklat cair dan pekat


Bangle Bracelet
Oooo..ini adalah bangle + bracelet seperti dalam entri yang lepas. Cuma yang nak ditunjukkan adalah kombinasi warna putih dan hitam. Sungguh klasik

Tuesday, July 1, 2008

Bangle + bracelet ?

Kebelakangan ini, peminat kristal lebih memilih pada rekaan yang menggunakan kristal bersaiz kecil.

Hmmmm...jadi kali ini, kita tampilkan satu lagi rekaan yang mengambil gabungan bangle dan bracelet dengan menggunakan swarovski bersaiz 4mm yang diikat dengan suasa.

Kalau diperhatikan betul-betul gambar di bawah ni, ditengah2 gelang adalah dari rekaan 'bangle mini ros - dalam entri yang lepas' dan selebihnya adalah dari rekaan gelang 'dangling - berjuntai'. Amat cute dan comel pada mereka yang meminati kristal bersaiz kecil...

Ini antara warna yang diminati - gabungan warna pink dan putih

Tetapi yang paling laris adalah warna putih keseluruhannya. Kenapa yer?? Hmmm... mungkin disebabkan warna putih mudah disesuaikan dengan mana-mana baju. Dan putih itu anggun bukan?? Dapatkan satu untuk koleksi anda......